Add Project
Cipta projek baharu menggunakan kod sendiri atau mulakan daripada template.
Dokumentasi langkah demi langkah untuk bina projek HTML, urus aset, gunakan template dan publish dengan yakin—di desktop atau telefon.
Aliran paling ringkas untuk menerbitkan halaman pertama anda.
Buka akaun INLINK, pilih plan yang sesuai dan masuk ke dashboard.
Pilih menu Manage Project, kemudian tekan Add Project untuk membuka editor.
Isi tajuk, penerangan dan kod HTML/CSS/JavaScript anda.
Semak paparan melalui Preview, kemudian tekan Save Project.
Salin link projek yang dijana dan buka dalam tab baharu untuk pemeriksaan akhir.
Semua projek anda tersedia dalam satu direktori.
Cipta projek baharu menggunakan kod sendiri atau mulakan daripada template.
Kemaskini tajuk, penerangan, kod, status perkongsian dan tetapan lanjutan.
Buka editor penuh apabila anda memerlukan ruang coding dan preview yang lebih besar.
Padam projek yang tidak diperlukan. Semak nama projek sebelum mengesahkan.
Gunakan satu dokumen lengkap untuk HTML, CSS dan JavaScript.
Kod paling selamat untuk dimulakan ialah dokumen HTML lengkap. Letakkan CSS dalam <style> dan JavaScript dalam <script>.
<!doctype html>
<html lang="ms">
<head>
<meta charset="utf-8">
<meta name="viewport" content="width=device-width, initial-scale=1">
<title>Projek Saya</title>
<style>
body { font-family: sans-serif; padding: 2rem; }
</style>
</head>
<body>
<h1>Hello INLINK!</h1>
<script>console.log('Project ready');</script>
</body>
</html>
<div> dan <script> ditutup dengan betul.Mulakan lebih cepat dengan projek komuniti yang sudah tersedia.
Cari template mengikut tajuk atau tapis berdasarkan rating.
Semak hasil render dan kod template sebelum memilihnya.
Salin template ke akaun anda. Salinan itu boleh diedit tanpa mengubah projek asal.
Selepas duplicate, beri rating yang jujur untuk membantu pengguna lain.
Hos gambar atau aset, kemudian gunakan URL-nya dalam projek.
Tekan kawasan upload atau drag-and-drop fail yang dibenarkan.
Pastikan progress mencapai 100% dan rekod fail muncul.
Salin public URL fail daripada tindakan yang disediakan.
Gunakan URL tersebut pada atribut seperti src atau href.
<img src="PASTE-LINK-FILE-DI-SINI" alt="Penerangan gambar">
Setiap projek mempunyai alamat unik untuk dibuka oleh orang lain.
Gunakan alamat yang lebih mudah diingati untuk projek penting.
| Tetapan | Kegunaan | Contoh |
|---|---|---|
| Custom ID | Menggantikan ID rawak dengan slug pilihan anda. | inlink.my/kedai-saya |
| Custom Domain | Menghubungkan domain sendiri kepada satu projek. | www.kedaisaya.my |
Dapatkan bantuan menghasilkan atau memperbaiki kod dalam editor.
Penyelesaian pantas untuk masalah yang biasa berlaku.
Refresh halaman dengan Ctrl + F5, pastikan anda log masuk sebagai pemilik projek dan cuba semula. Sistem menghantar kod secara selamat untuk mengelakkan false-positive firewall. Jika masih berlaku, hubungi support dengan ID projek dan masa kejadian.
Semak Console browser, pastikan semua tag ditutup, dan pastikan URL gambar menggunakan alamat penuh yang boleh dicapai secara awam.
Slug itu mungkin telah digunakan atau merupakan perkataan sistem. Cuba nama lain menggunakan huruf kecil, nombor dan tanda sempang.
Semak status langganan dan pastikan akaun bukan dalam mod admin read-only. Langganan yang tamat perlu diperbaharui sebelum kandungan boleh dikemaskini.
Buat hard refresh, cuba private/incognito window dan pastikan anda telah menekan Save atau Update selepas perubahan.
Jawapan ringkas sebelum anda mula membina.
Tidak. Projek anda diterbitkan melalui INLINK dan menerima public link sendiri.
Ya. HTML, CSS dan JavaScript boleh diletakkan dalam satu dokumen projek.
Ya. Antaramuka menyokong mobile, tetapi kerja coding yang panjang biasanya lebih selesa pada desktop.
Gunakan ikon WhatsApp di penjuru kanan bawah pada mana-mana halaman platform.